takziah buat mereka..

Terkejut 9.3.6.3 menerima khabar dari KakTie, adik ipar Kakrus terlibat dalam kemalangan yang mengerikan. Sebetulnya 9.3.6.3 mengenali salah seorang dari mangsa yang agak rapat dengan 9.3.6.3, Allahyarhamah Siti Syaiha.

Berikut merupakan paparan akhbar dari media arus perdana:-

Berita Harian, 16 Jan 2009
MELAKA: Dua beradik perempuan dalam perjalanan untuk berniaga di pasar malam rentung selepas tersepit dalam van Perodua Rusa mereka yang terbalik sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 28, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berhampiran persimpangan Merlimau-Jasin, dekat sini, petang semalam. Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika Siti Syaiha Salleh, 24, dan adiknya, Nurul Balqis, 22, dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka di Parit Haji Baki, Jalan Abdul Rahman, Muar menuju ke pasar malam di Merlimau. Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Jasmani Othman, berkata mayat Siti Syaiha yang juga ibu kepada seorang anak ditemui di tempat duduk pemandu, manakala adiknya di kerusi penumpang depan dengan kedua-duanya masih memakai tali pinggang keledar.
Berita penuh sila klik di sini -->

http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20090115234043/Article/index_html

Utusan Malaysia, 16 Jan 2009
JASIN 15 Jan. – Dua beradik perempuan rentung selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 28, Lebuh Raya Alor Gajah, Melaka (AMJ), dekat sini petang ini.Kedua-dua mangsa yang rentung dikenali sebagai Siti Syaiha Salleh, 24, dan adiknya, Nurul Balqis, 22. Mereka berasal dari Parit Haji Baki, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor.Siti Syaiha sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak manakala adiknya pula masih bujang.

Berita penuh sila klik di sini --> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htmBernama, Friday, 16th Jan 2009

JASIN, Jan 15 (Bernama) -- Two sisters met a fiery end when the van they were traveling in, burst into flames following an accident at 28km Alor Gajah-Melaka-Jasin Highway (AMJ) near Merlimau here today.

They were identified as Siti Syaiha Salleh, 24, and Nurul Balqis, 22, of Parit Haji Baki in Muar, Johor. Jasin police deputy chief ASP Jasmani Othman said the sisters failed to escape from the burning vehicle.View full article click here -->

http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20090115/tts-accident-burn-bm-993ba14.

ALFATIHAH...

5 comments:

  1. itu juga dugaan buat kita yang masih hidup. alfatihah!

    ReplyDelete
  2. takziah utk mereka... alfatihah...

    ReplyDelete
  3. Salam...aku masih terbayang wajah siti...yup, ita sama2 pernah kenal akannya...semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....

    Wish u all the best...aja2 fighting!!!

    ReplyDelete

..thanks