... terakhir sebelum bermula 2009

Lately, semakin menjadi-jadi minah psiko ni, semakin berani dan menjadi2. Nak macho punya pasal, buat-buat tak layan la..Kan dah cakap 30 baru nak pk semua ni. Xpayah nak kecoh -kecoh. Jangan sampai O.T.L, Over the limit.
By the way, satu lagi koleksi Dato' Siti, Lantera Timur dah ada dlm simpanan, 27hb baru dpt beli kat Times Square. Dan macam biasalah tiada yang menghampakan, dan confirm Juara Lagu 2009 kategori Irama Malaysia gondol oleh Dato' Siti lagi. Dan lagu yang paling best Di Taman Teman.

Semalam, lepas balik dari ofis pegi Cineleisure nak tengok wayang, plan nak tgk Yes Man, tapi after 6pm dah takde. So back-up plan tengok Bedtime Stories, best giler, mayb ni salah satu therapy nak jadi muda kot. Memang best all the way satu panggung gelak sakan, sesapa yang ada family, bawaklah tengok sementelah esok cuti new year 2009.

After that, macam biasalah main bowling kat Pin Junction, Btw tahniah kat Shalin Zulkifli sebab dah menjadi isteri...Cam biasa Bowler's Name Anwar, hehehe..Saiful dah takde..Saiful dah jadi milik orang..selamat berbahagia Saiful....hehehehe...PASTIKAN sangat..
Sampai rumah dalam jam 10 lebey..letih tp nak mandi badan still berpeluh2...work out 20mins...rehat, pasang lagu2 jiwang......then took towel,then mandi...
Dan apa plan malam ni, ingat nak lepak rumah fais lagi, tgk bunga api, plus tengoklah camner..still tunggu dia reply message...

Simplekan idup yang sedang membujang, nak kawen duit takder....

Kekadang sunyi,
Tapi sunyi kan ketenangan..

Tak perlu nak susahkan sesiapa,
Tak perlu nak harapkan apa-apa,

Asalkan semua hepi-hepi aja..
Harap yang baik-baik saja...


25th

aku sendiri terkial-kial,
terkial dalam kegelapan rembulan,
aku sendiri masih bergerak kaku,
beku dalam kepanasan dunia,

meneliti buku-buku usang,
koleksi usang yang dah lama aku kumpulkan,
kini hampir 24 buku,

namun masih mencari,
apakah coretan yang perlu aku perbaharui,
sudah 24 kisah aku ceriterakan,
24 cerita telah aku pentaskan,
tak satu memuaskan nafsu akal ku,

harapnya,
koleksi 25 ini,
ceritaku lebih segar,
membugar dalam benak hitamku,

tag from Patung Cendana..

[1] Do you think you're hot?
hot..?phisically mmg out la..but i'm HOT bila..orang tikam dari belakang & kutuk my parent....

[2] Upload a fav pic of you.




[3] Why do you like this pic?
Pandangan dari sisi bulan

[4] When was the last time you ate pizza?
pizza? past few weeks kot kat Modesto's Singapore.

[5] The last song you listened to?
Di Taman Teman-Dato' Siti Nurhaliza

[6] What are you doing right now besides this?

Nak send email kat my Boss.


[7] What name do you prefer besides yours?
Mr. Blurry

[8] People to tag :

#1 life is a journey
#2 chronicle
#3 the Remedy
#4 coretan seorang putera
#5 hidupku 1/2 organik
#6 chomey Loteh
#7 ore no rekidaishi
#8 the cactus

[9] Who is no.1?
suka lagu PASTIKAN!! sangat menghayati lagu tu..

[10] No.3 is having a relationship with?
x sure... complicated

[11] Say something about no.5
best friend kepada No.3

[12] How about no.4?
tengah mencari puteri....

[13] Who is no.2?
my Best Friend..
my Best Enemy..
my Best Everything......bila nak balik ni...?

p/s: TQ madam for this tag..ader gak idea nak update blog..

....last warning

yup...i'm fine.reali.deepli.fine.ko struggle hampir 3/4 tahun into it.ko lepaskan macam tu.soklan yang terpaksa jawab hampir setiap hari."Did i mentioned i'm ok?".But y? Jawapan tu hanya 9.3.6.3 yang tahu.Jawapan itu tak siapapun akan mengerti. As a konklusi "HARAPAN & PENGORBANAN". Warning!!! Jangan ditanya soalan yang sebegitu lagi.
Alang-alang berpijak dibumi sendiri, 9.3.6.3 nak memulakan hari baru, lebaran baru. Sakit, pedih itu perkara biasa, itulah warna kehidupan kita, taknak la warna putih all the way, biar ada corak-corak sikit. Tengok pelangi tu, macam-macam warna ada. Itu maknanya pelbagai cabaran hidup yang nak kena tempuh.B positive. Dan nak tahu kenapa Pelangi tak menghadirkan diri setiap detik, setiap masa. Itu bermaksud, kehidupan kita bukanya setiap detik, setiap masa akan ada masalah..
Terima kasih menerima hina diri,
Terima kasih tebal muka berdiri,
Tak bermaksud muka dimalu,
Tak bermaksud membazir tikamu,
Syukurlah apa yang ada,
Sebelum ditarik anugerahNya,
Pelangi indah di pandang, tak lut bila di pegang...


...hari-hari terakhir

Salam...

Hari ini, merupakan hari terakhir 9.3.6.3 di Kota Singa.Flight MH 614, 1605hrs. Thanks to all especially, Mr. David Cox, (Director), Mr. Henry Yeoh (Operation Manager),Mr. Zul (Procurement Officer), Erman Eusope (IT Admin), Mr. Ali Shamloo (Mech & Comm Engineer), Bahram Abbaspour(Senior Piping Engineer), Sadegh Samsami (Senior Naval Architecture Engineer), Mohammad Nikfarjam (Senior Accommodation & Architecture Engineer), Nor (Administrator).U guys "ROCK".

Untuk Abg. Istaman, Kak Mahani & family, thanks sbb dah jadikan kitorang macam anak sendiri..


Dari singapura, ke kuala lumpur..
Redupnya cuaca, bila kau muncul..
Siapa gerangan, pemuda bersama mu..

Nyata gagalnya, citarasa mu..
Pandu kereta laju-laju,
merbahaya bila kau teringat diri ku
Disaat kubelai rambut mu..
tentu Sahaja Mewah Hidupmu
apa Sahaja Di Dunia Semua Milikmu
Sayang kau bukan Untukku..
Jangan Pura-pura Tak Mengenalku..
Ku tahu kau cuba menarik perhatianku..
Mengapa Kau Cuba Bersembunyi Dari ku..
Ada Rahsia Di Sebalik Senyummu..



Tengah carik lirik lagu The Time, Singapura Kuala Lumpur, ada nampak link Gambar Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, so Jambu Datuk CT ni...




Thanks Singapore !!!

...seputar hidup


Salam..

18 December 2008, maybe inilah kehidupan, belajar dari pengalaman hidup, walaupun 9.3.6.3 bukanlah mempunyai pengalaman bergudang-gudang banyaknya. Masih merangkak, berjalan dan cuba untuk berlari, kejadian semalam seolah-olah memberi tanda untuk diri mengerti, memahami dan bersyukur apa itu kehidupan…..Perkara yang 9.3.6.3 ingin kongsikan lagi. Sekadar perkongsian, hidup. 9.3.6.3 semakin menghargai kehidupan. Dan tak menyangka 9.3.6.3 berjaya menyelamatkan ikatan suci sebuah pertunangan. Dan bila 9.3.6.3 menjadi tempat rujukan, betapa membuat diri amat menghargai kehidupan. Mungkin inilah hikmah, bila asyik bercinta, putus dan setiap perhubungan lalu diambil untuk menambahbaikan setiap hubungan mendatang (kalau ada la).Bila dirujuk balik, inilah bunyi SMS yang 9.3.6.3 sent.

“Salam...
harap jumpa jalan terbaik…
ingat kembali waktu-waktu berdua dulu…
itu lebih bermakna…
kita manusia, tak lari dari kesilapan…
kekurangan He (bukan nama sebenar), She (bukan nama sebenar) yang kena perbaiki,bukan melarikan diri…
memang dia tercipta untuk She,
saling melengkapi la..”

Susut jugak la kredit telefon, kejap call She, minta bersabar, bertenang, waktu marah memang cenggini. Kalau boleh..nak terbalikkan dunia ni biar kucar-kacir…Lepas tu call He pulak, sbb suh jangan terburu perasaan..sebab He ni dah berapa kali putus cinta..So 9.3.6.3 faham jugakla perangai dia..Selepas beberapa panggilan, masing-masing dah nak beritahu ibubapa masing-masing nak putus….Mungkin sebab SMS td….membuat diorang cool…
Gerek sey….tapi ayat yang best waktu call diorang, macam :-


“mungkin She bukan orang terbaik untuk dia”
“He desrv better”
“Sebab She sayangkan dia, She kena putuskan”

Semua dah 9.3.6.3 lalui..Semuanya sebab perasan marah, sayang bercampur baur. Emosi menguasai diri. Hati 9.3.6.3 rasa bangga pun ada, syukur pun ada, pengalaman mengajar segalanya. Dan mungkin..Dan betul..bercakap memang senang, tapi bila time 9.3.6.3 nanti belum tentu lagi..Dan mungkin bagi kalian, apa yang dipaparkan dah lama kalian lalui, tiada yang menggemparkan.. buat apa nak kecoh2..Bagi 9.3.6.3, mungkin ini pertama kali menjadi Kaunselor Cinta, sebab tu teruja mungkin dan cuba untuk berkongsi..
dan inilah HIKMAH yang di terima mungkin..

Dan YAKINLAH, kehidupan ini mesti di hargai….

....sharing is caring

Salam,



A dog was injured during crossing the expressway. And another dog upon seeing that, risked his life, to save other....

"harapnya masih berbaki sisa kejujuran dan keikhlasan dihati"

|antara kasih dan sahabat|



Pernah aku mecuba,
Bukan berhari, malah bertahun,
Masih mengharap bulan itu,
Sebentar diribaku,

Namun cepat tersedar,
Ribaku bukannya riba emas,
Mengharap tembaga jauhnya tentu sekali,
Dan hakikatnya aku harus telan,
Bulan tempatnya bukan disini,

Antara riba dan pungguk,
Mana satu aku harus jadi,
Andai riba diriku,
Aku perlu kuatkan tenaga,
Untuk kekal selamanya,
Adakah aku mampu tega,

Aku cuba menjadi riba emas,
Tembaga berlian juga aku cuba,
Tapi aku terlalu mengharap bulan menghargai aku,
Kekadang bulan cepat lupa,
Riba inginkan perhatian,
Riba mengharap sangat balasan,
Balasannya,
Bukan emas semesta,
Cukup sekadar khabar gembira,

Bulan,
Tinggi sangatkah harapan riba,
Kekadang riba terlalu sunyi,
Ingin diri dirai,
Tapi riba selalu menyendiri,

Sedih berbaur kesal,
Nekad untuk menjadi pungguk,
Agar pungguk dan bulan terus saling merindui,
Berhubung pada jarak yang serupa,

benafas pada detik yang sama,

Pungguk dan bulan tak perlu berharap,
Masing-masing ada sedar,
Hubungan yang ada akan kekal,
Tak perlu bergundah gulana,

Terima kasih bulan,
Menerima diriku sebagai pungguk,
Kisah riba dah lama aku tinggalkan,
Aku tak mampu untuk berharap,
Aku akan kekal sebagai pungguk,
Agar hubungan ini kekal,

Tanpa berharap sebarang balas…




aku dan sahabat

Salam,
Lewat 9.3.6.3 tidur. Meneliti blog-blog kalian, sahabat. Meneliti paparan dunia pun 9.3.6.3 buat, tak mahu bercawat di bumi, sedang orang lain dah ke bulan.
Menerima panggilan dari Kehidupan Umpama Kembara, untuk berjumpa katanya, sebetulnya beliau menerima jemputan walimatul-urus saudara beliau di Badan Singa. Janji dimeterai, mungkin ingin bersua, namun tak sempat, agak lewat katanya, kesesakan yang teruk di Coastway menghalang niat untuk bertemu. Lain kali mungkin, tak jauh Johor Bahru dengan Singapura, antara ingin atau tak sahaja.Namun bila berfikir kembali kesempatan yang ada juga perlu dikira..bersesuaian dengan masa.Ada rezeki tak kemana. Berkuda merah la kita menunggang dan mengembara di Badan Singa yang asing ini.

Bang, hit it up.
" Jika memilih tempat bermandi,
Pertama telok, kedua pantai,
Jika memilih pemimpin bestari,
Pertama elok, kedua pandai. "

Hulamak, miss seh kat pantun ni, juz copy and paste in mind, but miracle is there, before start everithin' in any debate competitions, it was my jampi serampah..

When is started, mula la nak bercakap sorang2 kat dalam bilik air, no like others... If not dalam my9.3.6.3 sambil drive, akan debat sorang2..

Best betul zaman tersebut. Dan tak terlalu over kalau 9.3.6.3 jump to conclusion, "bermulanya rentak persahabatan kita semua, mula mengenal alif, ba, ta......ada lah disini.

Terima Kasih Debat,

Lidah ku bukanlah sehebat malaikat,
tutur ku berlandas adab,

perang harus bermula,
biarlah ia bukan senjata,
namun secebis kata-kata,
menyusul fakta,

Di medan berhempas pulas,
jaring di tunding saling menyalah,
bangkit kedepan,

konon buktikan kebenaran.
hampir roboh meja,
hampir runtuh dinding,
semua kerana peperangan,

bertegang kita tak kemana,
selesai peperangan tangan berjabat,
tanda gembira,
terlepas dada berazab,

itu aku yakin,
kualiti aku tak setega mana,
setakat jaguh kampung sana,
tapi inilah hakikat,
menemukan aku dengan sahabat,
harapnya kekal hingga Akhirat.





WALIMATUL URUS

Salam,

(terima kasih cinta..untuk segalanya...kau berikan aku, kesempatan ini..) bunyi nada dering telefon. Appeared nama F.Kaktie.Katanya dia akan balik kampung, for I'dulAdha lagipun ada kenduri kahwin, sepupu, Syadah. Terkejut jugak sebab rasanya, she younger than me 2/3 years. Then i replied. "OK..Tapi tak dapat join la, sebab tak sure lagi balik Singapore bila. Send my warmly regards to themla". Dah nak kawin budak Syadah ni. Stuck and keep rollin' in mind; senang betul la diorang kahwin. For me..? EZ jugak nak kahwin kalau :-

1) dah ada calon
2) duit dah cukup for wedding preparation and ceremony itself
3) tanggungjawab terhadap mak dan adik dah settle
4) economy dah stable
5) dah prepare diri dengan ilmu, nak jaga anak orang bukan senang...
6) etc
So, jump to conclusion, mereka yang nak kahwin dan dah kahwin dalam my age circle confirm dah complete semua yang mentioned above. Aik, banyak betul duit diorang, umur sebaya ngan 9.3.6.3, tapi duit dah cukup serba-serbi..Untung jadi diorang.
Teringat, cakap Mak Cik Norain waktu 9.3.6.3 kat kampung, "Deqwan dah ada calon ka? La ni umoq dah 24kan? Nanti buat kenduri kat kampung la senang.. Banyak sedara mara boley tolong. Lagi syok skit...."

Simply replied." Makcik, nak kawen camna? Calon pun tak dak g. Hehe....". "Nak Makcik tolong carikan?" tambah Makcik Norain. " Eh. takpa la makcik jodoh kat tangan Tuhan, duit pun mana cukup lagi." Harap betul la kot jawapan tu..

Bila fikir-fikir balik, ramai kawan-kawan 9.3.6.3 yang dah kahwin, siap dah ada anak lagi, ada jugak yang anak kembar. Hebat betul.Kalau tak silap 9.3.6.3, zaman yang serba maju nie, taraf hidup kita semakin meningkat... Bagi remaja pulak yang sedang hangat bercinta kata orang, tak terfikir ker berapakah jumlahnya duit yang perlu dibelanjakan untuk pernikahan? Takkan sibuk nak bercinta sampai ke mati kot? Takkan tak mau kahwin? Mestilah kumpul duit bebanyak... Takkan nak pakai duit mak ayah je? Berikut beberapa contoh kos yang diperlukan yang 9.3.6.3 cari dekat internet..
Majlis Merisik:
Harga cincin merisik:RM 1500
Belanja Hantaran Merisik:RM 1000
Belanja Lain-lain:RM 500
Jumlah:RM 3000

Majlis Menghantar Tanda:
Harga cincin tanda: RM 1500
Lain-lain: RM 500
Jumlah: RM 2000
Majlis Pertunangan:
Cincin Belah Rotan: RM 2000
Hantaran Pertunangan: RM 2500
Persiapan Majlis: RM 3000
Lain-lain: RM 500
Jumlah: RM 8000
Majlis Perkahwinan:
Barang Hantaran: RM 2000
Majlis Walimah: RM 10 000
Wang hantaran: RM 8000
Lain-lain: RM 1000
Jumlah: RM 21 000

Jumlah keseluruhan: RM 34 000 !!!

Mak ai...Pada firasat 9.3.6.3 la..untuk umur yang macam ni, mana mungkin nak kumpul duit sampai macam tu..Takkan nak buat pinjaman kot..bertambah la lagi hutang kalau asyik buat pinjaman..Dah baru sahaja tamat belajar dan baru sahaja dapat kerja, itupun kontrak sahaja, belum lagi mendapat jawatan tetap. Di dalam situasi sebegini, memang agak sukar untuk menyimpan wang yang banyak untuk perkahwinan . Lebih-lebih lagi dengan beberapa bebanan hutang yang terpaksa ditanggung seperti:-

1)hutang kad kredit,
2)hutang kenderaan (Motorsikal/Kereta)
3)hutang pelajaran (PTPTN) yang ambil sewaktu belajar dahulu.
4)potongan ASB dan sebagainya perlu di ambik kira jugak...
5)etc..

Hrmmm.. 9.3.6.3 punya target at least umur 30la kot...baru fikir semua menda2 ni....tak tertanggung beban nak jaga anak dara orang dalam economy yang tak stabil ni...Tapi 9.3.6.3 bab hantaran tak payah pening, sebab my sister boleh uruskan..lagipun dia mmg ada kedai hantaran ngan bunga kat Econsave Subang, so boley la pow dier hehe...Bab mak adam ni boley minta tolong Notasi...mesti dapat discount 100%...hehe...Neway sebut pasal hantaran kahwin nie, siapa2 nak order boley la gi kedai my sister eh.....Gambar berikut merupakan Majlis yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kalau perasan Anuar Zain pun datang...Waktu tu 9.3.6.3 jadi Assistant Wedding Planner...hehe..ada bakat gak eh...

P/s :- Susah juga nak kahwin nieh, jangan ingat sedap malam pertama ja....

silent sadness [QURBAN mood]

A DAY BEFORE RAYA

Sunday, the 7th December 2008 was one of the most dull day i have experienced in my entire life. I'm not being dramatic either...Esok is 'Raya Day'. But usually impact untuk raya ini not as bombastic as I'dulfitri, but still raya neway..in a very so-so mood, 9.3.6.3 meredah KL.. rindu my9.3.6.3.Ingat nak bawa both my brothers join, BASH..idea yang tak menarik..so lonely heading to Federal Highway....rainy...sebulan dah x bawa kereta..tak la terlalu janggal..lepaking sorang-sorang kat Mamak Stall, candu sebatang rokok sambil menikmati teh tarik....relax...almost Maghrib, I was at Plaza Shah Alam if i'm not mistaken, singgah membeli juadah untuk berhari raya esok..
Ada 6 gerai kalau tak silap, semua gerai menjual juadah yang biasa didapati untuk hari raya, lemang, ketupat, rendang tok etc..So untuk memeriahkan hari raya, 9.3.6.3 beli lemang 2 batang RM 16, ketupat beras seikat RM 4.50, Rendang Tok RM 5/100g, Ketupat pulut RM5/6pcs, Serunding ikan RM18, Serunding Ayam RM 18, dodol RM12/1pack, Kerepek RM 10/3 packs..

Sayu jugak bila takbir bergema, all my sisters balik rumah parent-in law masing2. Left me, both lil bros, mom and bibik.. kalau mak sihat mesti meriah apa2 raya sekali pun..Reach home 2305hrs. Turn on the TV. bedtime.

HARI RAYA

Kiss and big hug ngan mak.Mak cepat sembuh eh..Salam ngan both my bros.Then heading to surau, Sembahyang sunat. Wearing and pinjam baju Melayu Apit raya tahun lepas, kain pelikat and selipar Jepun. Lepas semayang jamah apa yang patut ngan diorang. Petang plan to bring them to Putrajaya.Kak Tie was text and ask to bring them jalan2.."Hang bawak la depa pi jalan2 sat. Kesian tgk asyik dok kat rumah ja". Then i simply replied."Yup. Sure".




"Ya Allah, memohon keberkatan agar kehidupan kami diberkati dunia & akhirat"

...kesempatan sebelum pulang beraya

Tatkala diri menhitung untung pulang beraya bersama keluarga, 9.3.6.3 sempat menghadiri beberapa aktiviti demi menjalankan tanggungjawab. Antaranya OSEA 2008 di Suntec City dan menghadiri taklimat ringkas di Pasir Gudang, Johor.Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan...



OSEA 2008
Untuk makluman OSEA 2008 telah diadakan bermula pada tahun 1976, terutamanya untuk Syarikat-syarikat yang terlibat dalam dunia Oil & Gas. Untuk tahun ini OSEA 2008 diadakan di Suntec City, bermula 2 hingga 5 Dec 2008. Secara umum terdapat dua kumpulan delegasiyang diperuntukan untuk mempamer kehebatan produk syarikat masing-masing iaitu Local (Singapore) Group Delegation Programme dan Overseas Group Delegation Programme. Apapun untuk yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut. Lawat laman ni ; http://www.osea-asia.com



salam i'dul adha

Memohon keberkatan di hari yang Mulia, tak terlewat rasanya 9.3.6.3 mengucapkan Salam I'duladha, mohon sejuta kemaafan dari kalian, yang mengenali diri 9.3.6.3.Harapnya kesalahan lalu menjadi pedoman untuk kita dalam menilai kedaifan diri. 9.3.6.3 bukanlah sempurna untuk memberi yang terbaik untuk semua pihak. Sekadar memberi yang termampu atas kudrat yang ada yang dianugerahkan olehNya.
Pengakhiran 2008 yang semakin melabukan tirai, hampir berkesudahan dengan tragedi yang tak diingini. Pelbagai perkara yang memeranjatkan berlaku. Tak berkesudahan dengan banjir, di susuli dengan kejadian tanah runtuh. Harapnya ini merupakan pengajaran yang terbaik untuk 9.3.6.3 dan kita semua.
SALAM I'DUL ADHA...........

-A.M.Y-

-BROTHER OF MINE-

Penat berjalan di Arab Street, Kampung Glam. Badan perlu berehat.Berbaring sambil mata jauh merenung langit gelap.Telinga enak dibuai lagu perlahan dari Kerispatih. Tiba-tiba hati rindu untuk bertemu Amy. Adik Bongsu yang terlalu istimewa.Remaja seusia beliau, 14 tahun sedang bersekolah bermain dan bergurau sesama mereka mungkin..Amy dalam dunia sendiri. Aidiladha nanti tak sabar bertemu Amy...