||B.A.T.A.M||


Salam..

mencuri sedetik perjalanan waktu di pejabat, sejenak meneliti foto kenangan bersama-sama teman sepejabat sewaktu trip mengisi masa Sabtu dan Ahad lalu ke Batam, Indonesia. Pertama kali menjejak kaki kesana .9.3.6.3 agak teruja untuk melihat negeri seberang yang terkenal dengan tempat untuk berhibur dan melepaskan penat lelah. Juga menjadi antara pilihan bagi mereka yang menceburkan diri dalam bidang Oil and Gas. Seawal pagi kami bertolak dari hotel 81, Geylang Road dengan menaiki teksi,kami mengambil masa setengah jam perjalanan untuk sampai di Harbour Front, yang terletak dalam daerah Selatan Singapore, Harbourfront juga merupakan pintu masuk atau gateway untuk ke Sentosa Island dan juga merupakan one spot centre bagi pelancong-pelancong ke sini kerana terdapatnya pusat pentadbiran dan pusat membeli-belah seperti Harbourfront Centre, Singapore Cruise Centre, St. James Power Station dan jugak Vivo City. Selesai mendapatkan tiket feri,Wave Master Ferry, kami meneruskan perjalanan ke Batam.
Setibanya disana kami disambut oleh Ibai, pekerja PBJV Group Sdn. Bhd. yang menetap disana, dalam erti kata lain merupakan pemandu pelancong untuk pekerja2 syarikat apabila berada di Batam.
Menginap di Grand Majesty Hotel, kami bermalam di sana untuk satu malam, namun banyak menghabiskan masa diluar. Pada malamnya kami ke NO Name Cafe, sambil menyaksikan live band yang sangat menarik dan menghiburkan. Lebih kurang 0400am kami pulang ke hotel dalam keadaan yang agak mengantuk dan agak meletihkan. Banyak pengalaman 9.3.6.3 dan teman-teman kutip sewaktu disana, antaranya menikmati Hidangan Nasi Padang yang sangat menyelerakan di Puti Bongsu Restaurant. Namun ternyata kelazatan Nasi Padang di sini berbeza dengan Puti Bongsu Restaurant yang terdapat di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Selain itu, kami juga sempat membeli-belah di Nagoya Hill, sekadar membeli cenderamata sebagai kenangan. Berikut merupakan titipan kenangan 9.3.6.3 bersama teman-teman di BATAM :-

1 comment:

..thanks