|antara kasih dan sahabat|



Pernah aku mecuba,
Bukan berhari, malah bertahun,
Masih mengharap bulan itu,
Sebentar diribaku,

Namun cepat tersedar,
Ribaku bukannya riba emas,
Mengharap tembaga jauhnya tentu sekali,
Dan hakikatnya aku harus telan,
Bulan tempatnya bukan disini,

Antara riba dan pungguk,
Mana satu aku harus jadi,
Andai riba diriku,
Aku perlu kuatkan tenaga,
Untuk kekal selamanya,
Adakah aku mampu tega,

Aku cuba menjadi riba emas,
Tembaga berlian juga aku cuba,
Tapi aku terlalu mengharap bulan menghargai aku,
Kekadang bulan cepat lupa,
Riba inginkan perhatian,
Riba mengharap sangat balasan,
Balasannya,
Bukan emas semesta,
Cukup sekadar khabar gembira,

Bulan,
Tinggi sangatkah harapan riba,
Kekadang riba terlalu sunyi,
Ingin diri dirai,
Tapi riba selalu menyendiri,

Sedih berbaur kesal,
Nekad untuk menjadi pungguk,
Agar pungguk dan bulan terus saling merindui,
Berhubung pada jarak yang serupa,

benafas pada detik yang sama,

Pungguk dan bulan tak perlu berharap,
Masing-masing ada sedar,
Hubungan yang ada akan kekal,
Tak perlu bergundah gulana,

Terima kasih bulan,
Menerima diriku sebagai pungguk,
Kisah riba dah lama aku tinggalkan,
Aku tak mampu untuk berharap,
Aku akan kekal sebagai pungguk,
Agar hubungan ini kekal,

Tanpa berharap sebarang balas…




7 comments:

  1. kenapa perlu menjadi pungguk...
    jadilah matahari
    berserinya bulan kerana matahari
    tanpa matahari,
    bulan takkan ada serinya
    takkan mampu tersenyum
    hanya sekadar sebuah sphera malap yang berputar diangkasa
    tanpa dirindui oleh sesiapa...

    ReplyDelete
  2. bulan tetap akan menjadi bulan... dan pungguk tetap menjadi pungguk yang rindukan bulan.. tidak guna menjadi yang lain contohnya matahari kerana matahari tiada yang merindui.....

    bro...

    sometimes..... kejauhan itu membawa kerinduan,dan kerinduan itu yang akan mengajar kita erti ketabahan dan kekuatan, supaya kita menghargai sesuatu perhubungan supaya kekal dan berpanjangan....

    ReplyDelete
  3. wan,bg aku tajuk lagu ni.sedapla pulak aku dgr.catchy

    ReplyDelete
  4. patung: matahri terlalu angkuh , mana mungkin riba berani matahari mendekati, apatah si kerdil pungguk...

    syahrir: terlalu mendalam, asal itu yang terbaik

    azwan: memang tersurat riba terlalu lemah, tak salah menjadi pungguk, asal hubungan tak terputus dipertengahan

    syahrir: Kumpulan ST12, tajuk: Cari Pacar Lagi, lagu lain yang best, PUSPA.Try la download..

    ReplyDelete

..thanks