25th

aku sendiri terkial-kial,
terkial dalam kegelapan rembulan,
aku sendiri masih bergerak kaku,
beku dalam kepanasan dunia,

meneliti buku-buku usang,
koleksi usang yang dah lama aku kumpulkan,
kini hampir 24 buku,

namun masih mencari,
apakah coretan yang perlu aku perbaharui,
sudah 24 kisah aku ceriterakan,
24 cerita telah aku pentaskan,
tak satu memuaskan nafsu akal ku,

harapnya,
koleksi 25 ini,
ceritaku lebih segar,
membugar dalam benak hitamku,

4 comments:

  1. salam maal hijrah dek wan.

    jika wataknya masih sama,
    jika plotnya masih sama,
    jika themanya juga sama
    it would be insane to expect a different outcome.

    hopefully, koleksi 25 akan membawa karektor2 baru yang menyegarkan hidupmu.

    ReplyDelete
  2. patung: kalau ini sifatku, karektorku, maaf aku tak mampu mengubahnya, cuma yang buruk aku cuba barukan, yang lemah aku cuba kuatkan, sama-sama berdoa ya..

    addya: selepas 24, 25 la..dah makin tua agaknya..

    ReplyDelete
  3. WAH,DAH 25 YE...
    SEMOGA YANG KE-25 NI LEBIH BAIK DR YANG SEBELUMNYA...

    ReplyDelete

..thanks