...seputar hidup


Salam..

18 December 2008, maybe inilah kehidupan, belajar dari pengalaman hidup, walaupun 9.3.6.3 bukanlah mempunyai pengalaman bergudang-gudang banyaknya. Masih merangkak, berjalan dan cuba untuk berlari, kejadian semalam seolah-olah memberi tanda untuk diri mengerti, memahami dan bersyukur apa itu kehidupan…..Perkara yang 9.3.6.3 ingin kongsikan lagi. Sekadar perkongsian, hidup. 9.3.6.3 semakin menghargai kehidupan. Dan tak menyangka 9.3.6.3 berjaya menyelamatkan ikatan suci sebuah pertunangan. Dan bila 9.3.6.3 menjadi tempat rujukan, betapa membuat diri amat menghargai kehidupan. Mungkin inilah hikmah, bila asyik bercinta, putus dan setiap perhubungan lalu diambil untuk menambahbaikan setiap hubungan mendatang (kalau ada la).Bila dirujuk balik, inilah bunyi SMS yang 9.3.6.3 sent.

“Salam...
harap jumpa jalan terbaik…
ingat kembali waktu-waktu berdua dulu…
itu lebih bermakna…
kita manusia, tak lari dari kesilapan…
kekurangan He (bukan nama sebenar), She (bukan nama sebenar) yang kena perbaiki,bukan melarikan diri…
memang dia tercipta untuk She,
saling melengkapi la..”

Susut jugak la kredit telefon, kejap call She, minta bersabar, bertenang, waktu marah memang cenggini. Kalau boleh..nak terbalikkan dunia ni biar kucar-kacir…Lepas tu call He pulak, sbb suh jangan terburu perasaan..sebab He ni dah berapa kali putus cinta..So 9.3.6.3 faham jugakla perangai dia..Selepas beberapa panggilan, masing-masing dah nak beritahu ibubapa masing-masing nak putus….Mungkin sebab SMS td….membuat diorang cool…
Gerek sey….tapi ayat yang best waktu call diorang, macam :-


“mungkin She bukan orang terbaik untuk dia”
“He desrv better”
“Sebab She sayangkan dia, She kena putuskan”

Semua dah 9.3.6.3 lalui..Semuanya sebab perasan marah, sayang bercampur baur. Emosi menguasai diri. Hati 9.3.6.3 rasa bangga pun ada, syukur pun ada, pengalaman mengajar segalanya. Dan mungkin..Dan betul..bercakap memang senang, tapi bila time 9.3.6.3 nanti belum tentu lagi..Dan mungkin bagi kalian, apa yang dipaparkan dah lama kalian lalui, tiada yang menggemparkan.. buat apa nak kecoh2..Bagi 9.3.6.3, mungkin ini pertama kali menjadi Kaunselor Cinta, sebab tu teruja mungkin dan cuba untuk berkongsi..
dan inilah HIKMAH yang di terima mungkin..

Dan YAKINLAH, kehidupan ini mesti di hargai….

3 comments:

..thanks